Ekspres Rakyat

Ekspres Rakyat merupakan nama kereta api KTM Antarabandar yang disediakan oleh Keretapi Tanah Melayu, berjalan dari Butterworth ke Singapura, arah utara ke selatan. Nombor kod bagi kereta api dari utara ke selatan ialah 1, manakala nombor kod bagi kereta api dari selatan ke utara ialah 2. Terdapat dua kelas disediakan, iaitu Kelas Pertama Berhawa Dingin (Bahasa Inggeris: Aircond First Class, AFC) dan Kelas Kedua Berhawa Dingin (Bahasa Inggeris: Aircond Second Class, ASC).